Foto Facebook Baddrol Bakhtiar

ALOR SETAR – Calon Perikatan Nasional (PN), Baddrol Bakhtiar merakamkan penghargaan dengan kepulangan pengundi Gurun yang berada di perantauan yang mula pulang ke kawasan itu demi menjalankan tanggungjawab mengundi esok.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun berharap pengundi akan membuat keputusan yang bijak dalam memilih pemimpin yang akan mengangkat suara rakyat kelak.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat Gurun yang berada di perantauan kerana sudi pulang menunaikan tanggungjawab selaku pengundi DUN Gurun.

“Bagi yang belum sampai, saya doakan semoga Sselamat sampai ke gestinasi yang dituju.

“Semoga anda semua membuat keputusan yang bijak dalam memilih pemimpin yang akan mengangkat suara2 rakyat kelak. Jangan tersilap pilih, Pilihan hanya satu, PERIKATAN NASIONAL yang terbaik,” tulisnya bekas pemain Sabah FC dan Kedah itu.

Pada PRN esok, Baddrol bakal berdepan calon Pakatan Harapan yang merupakan Timbalan Pengarah Strategi PKR Kedah dan anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Mohammed Firdaus Johari.

Sebelum dipilih menjadi calon, beliau yang merupakan pemain bola sepak profesional menyertai Sabah musim lalu sebelum menamatkan kontrak secara persetujuan bersama pada bulan lalu.

Badrrol pernah menabur bakti bersama Kedah selama 16 tahun dan juga pernah memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada 2009 dan 2011 bersama skuad Malaysia B-23.

Kali terakhir Baddrol mewakili skuad negara pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast