PMX Anwar memasukkan kertas undi yang dipangkah di dalam peti undi di saluran satu tepat jam 9.40 pagi di SK Seri Penanti Kubang Semang pagi tadi.

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selesai menjalankan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, di sini, pagi ini.

Ahli Parlimen Tambun dan isterinya yang tiba di pusat mengundi pada jam 9.35 pagi disambut oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin serta Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San.

Anwar dan Wan Azizah menyemak daftar undi di kaunter SPR di SK Seri Penanti sebelum mengundi PRN Pulau Pinang hari ini.
Anwar dan Wan Azizah sempat meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi di pusat mengundi tersebut.

Beliau dan isteri meninggalkan SK Seri Penanti pada jam 9.46 pagi.

Proses mengundi telah dibuka jam 8 pagi tadi membabitkan 11 saluran peti undi termasuk saluran satu untuk warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU).

Turut kelihatan calon Parti Amanah Negara (Amanah) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Ahmad Faiz Fadzil yang meninjau proses mengundi di sekolah itu sebelum ketibaan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast