Radhi Mat Din.

ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) secara rasminya memenangi dua kerusi iaitu DUN Bukit Kayu Hitam dan Alor Mengkudu.

Bagi DUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad memenangi kerusi tersebut dengsan 24, 551 undi berbanding Zainol Abidin Mohamad dengan 9,117 undi.

Halimaton Shaadiah memenangi kerusi DUN Bukit Kayu Hitam dengan majoriti 15,434 undi.

Pengerusi PH, Datuk Mahfuz Omar secara rasminya kalah di tangan pesaingnya, Muhamad Radhi Mat Din dengan majoriti 10,104 undi.

Mahfuz hanya mendapat 8,832 undi.

Dalam pada itu, gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dilaporkan telan memenangi kerusi DUN Kota Darul Aman.

Teh Swee Leong calon daripada DAP mendapat majorit 5,650 undi.

Swee Leong mendapat 11,178 undi berbanding calon PN, Chuan See Seng dengan 5,528 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast