Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Selangor apabila memperolehi majoriti mudah dengan memenangi 31 daripada 56 kerusi setakat ini.

Calon DUN Sungai Tua Datuk Seri Amirudin Shari berjaya mengekalkan kerusi dimenanginya pada 2018 dengan 19,320 undi mengalahkan lawannya daripada Perikatan Nasional (PN) Muhammad Hanif Jamaluddin yang memperolehi 14,075 undi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PH-BN DUN Dusun Tua, Datuk Johan Aziz menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau menang dengan majoriti 3,514 dengan memperolehi 26,769 undi.

Penyanyi rap, Syed Ahmad atau Altimet yang bertanding atas mewakili PH-BN bagi DUN Lembah Jaya mendapat 20,320 undi mendahului calon PN Sharifah Haslizah Syed Ariffin dengan 16,006 undi.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast