KUALA PILAH – Teka-teki berhubung pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan akhirnya terjawab setelah Datuk Seri Aminuddin Harun selesai mengangkat sumpah jawatan tersebut di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Sebelum ini, tercetus spekulasi tentang kemungkinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dicalonkan untuk jawatan tertinggi pentadbiran kerajaan negeri itu.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Sabtu lalu, PH dan BN memenangi 31 daripada 36 kerusi yang ditandingi, sekali gus dapat membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri ini.
Aminuddin yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat kembali menyandang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk penggal kedua. – MalaysiaGazette
Lagi menyusul…
Amat dihormati perlantikan ini.. UMNO dan juak-juaknya perlu belajar tidak derhaka atas PERKENAN Yang Di Pertuan Besar Negeri SEMBILAN. Perlantikan ini BUKAN ditentukan PKR kerana calon MB UMNO telah diserah tetapi pihak istana TOLAK.