KUALA LUMPUR – Cara terbaik untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri letak jawatan ialah dengan mengemukakan usul undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat.
Bukan membuat desakan menerusi kenyataan di pentas politik berdasarkan kekalahan sesebuah parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Isnin lalu.
Pengerusi Kanun Amanah, Dr. Zulqarnain Lukman menyifatkan desakan Pengerusi Perikanan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam keputusan kelmarin sebagai bukan anak jantan.
“Perlu diingatkan, mengikut Perlembagaan cara sebetulnya adalah untuk mengemukakan usul undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat, baharulah jadi anak jantan.
“Kalau sekadar nak jadi pondan bercakap dalam dewan badminton tak perlu riuh dan kecoh untuk seru Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan.
“Ini bukan cara anak jantan bertarung. Sama juga dengan guna kaedah surat akuan. Cara itu adalah cara tebuk atap orang yang penakut. Hadapi betul-betul dengan usul yang dibahaskan dalam Dewan Rakyat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mendesak Anwar dan Ahmad Zahid perlu letak jawatan sebagai tanggungjawab moral susulan penolakan besar-besaran orang Melayu dan bukan Melayu pada PRN kali ini.
Katanya, PN berjaya memenangi 146 daripada 245 calon atau 60 peratus kerusi ditandingi.
Menurut Dr. Zulqarnain, sebagai peguam yang bertungkus lumus belajar ilmu perlembagaan, pening dengan orang politik seperti Muhyiddin yang suka mereka cerita penglipur lara.
Kata beliau, dakwaan Muhyiddin bahawa keputusan PRN Isnin lalu menunjukkan referendum rakyat menolak Kerajaan Perpaduan adalah tidak tepat.
“Seingat saya, kali terakhir referendum ini digunakan adalah oleh Suruhanjaya Cobbold waktu mereka hendak pastikan sama ada rakyat Sabah dan Sarawak ingin membentuk Malaysia bersama Tanah Melayu dan Singapura dahulu.
“Kalau sebut ‘tebuk atap’ lebih mudah difahami. Namun, sepertimana Muhyiddin ingat pada Disember 2022 sudah ada usul percaya dikemukakan ke atas Anwar, tetapi dia dan konconya telah keluar Dewan Rakyat waktu pengundian.
“Dia layak jadi penglipur lara, menghiburkan orang ramai dengan cerita dongeng untuk hilangkan kesedihan,” katanya. – MalaysiaGazette
penglipur Lara ke.. Manja Lara ke .. tunggu selepas PRK Pulai .. dan tunggu 7 MP geng yang pernah bagi SD “BISIK” letak jawatan.. masa tu President SI KITOL tu… akan jumpa Cikgu dia…. bincang jadi ARANG… sabar-sabar jangan cepat sangat usul UNDI TIDAK PERCAYA.. sabar sabar sabar