Razman Zakaria

KUALA LUMPUR – Pas Perak mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Kedah untuk kali kedua hari ini.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, Pas negeri itu mendoakan semoga negeri Kedah maju jaya, berdaya saing dan dapat merealisasikan impiannya untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Saya mewakili Perhubungan Pas Perak mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.

“Negeri Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Sanusi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah ke-15 pagi ini.

Istiadat angkat sumpah jawatan itu berlangsung di Istana Anak Bukit, di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk membuka lembaran baharu dengan kerajaan perpaduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast