SHAH ALAM – Bagi mereka yang mencari ruang istirehat eksklusif lagi moden dan mahu layanan terbaik, boleh mengunjungi penginapan yang mengikut selera dan citarasa anda di Mardhiyyah Hotel & Suite, Shah Alam.
Terletak di tengah bandar raya ini, Mardhiyyah Hotel menjanjikan kemewahan dan nilai Islam dengan kulinari yang digabungkan dalam satu bentuk cukup sempurna.
Menurut pengarah urusannya, Datuk Seri Mohamed Rafik Mohd Idris, tetamu sudah pasti tidakmenyesal apabila menginap di hotel yang menyajikan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan.
Bagi menambahkan lagi keselesaan itu, pihaknya telah membuka tirai untuk mengumumkan pembukaan aras eksklusif yang dinamakan As-Safinaz.
“As-Safinaz terletak di aras 17, 18 dan 19 hotel ini memberi kemudahan tambahan yang dilengkapi dengan fasiliti lebih istimewa.
“Oleh itu, serikan hari anda dengan kenangan bersama Mardhiyyah & Suites, di samping dijamu dengan pemandangan bandar raya Shah Alam,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas melancarkan As-Safinaz @ 18 Lounge di sini hari ini.
Katanya, hanya beberapa minit dari Kuala Lumpur, konsep mewah As-Safinaz menawarkan servis hospitaliti tempatan yang baik dengan penuh eksklusif.
Selain itu, katanya, tetamu akan dapat menikmati keindahan Taman Tasik Shah Alam dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mempesonakan.
“Untuk mencipta suasana eksklusif, As-Safinaz @ 18 Lounge membuka tempahan penginapan tetamu di peringkat umur 12 tahun ke atas.
“Bagi mengekalkan provasi untuk tetamu, kita menyediakan ruangan sarapan di As-Safinaz @ 18 Lounge dari pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi.
“Dengan keistimewaan untuk mengakses As-Safinaz @ 18 Lounge, tetamu akan menikmati beberapa kemudahan disediakan, perkhidmatan daftar masuk dan keluar, minuman semasa ketibaan dan daftar keluar lewat atau daftar masuk awal percuma,” katanya.
Menurut Mohamed Rafik, As-Safinaz dilengkapi pelbagai kemudahan menawarkan diskaun 50 peratus untuk perkhidmatan dobi dan menyeterika sepanjang penginapan.
Katanya, tetamu As-Safinaz juga akan menerima kemudahan bar mini percuma dan hidangan kopi serta teh selain turut menyediakan hors d’ oeuveres sebelum makan malam yang disediakan dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam.
Mardhiyyah Hotel & Suites telah diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR) dalam kategori Platinum.
Kategori Platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel berkonsepkan mesra muslim dengan kelengkapan dan kemudahan patuh syariah.
Kata beliau, sebagai ciri pelancongan mesra muslim, ia mempunyai restoran yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain itu, Mardhiyaah Hotel & Suites telah dinilai dan mematuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard for Hotel dengan penarafan 7IQS.
“Hotel ini memenuhi kriteria untuk memiliki Muslim Chef untuk memastikan pengetahuan halal toyyiban dalam penyediaan makanan, penasihat syariah dan mempunyai jawatankuasa halal.
“Hotel bertaraf lima bintang ini turut medapat pengiktirafan sebagai Hotel Terbaik Mesra Muslim di Halal in Travel Awards anjuran CrescentRating sempena dengan Halal in Travel Global Summit 2022 di Singapura,” katanya. – MalaysiaGazette