Tertuduh berusia 38 membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibawa keluar dari Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Seorang bilal hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya berusia 12 tahun.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal dengan cara  meraba badan dan  kemaluan mangsa .

Lalaki yang berusia 38 tahun itu juga didakwa menyuruh mangsa menggosok kemaluan tertuduh sehingga keluar air mani.

Beliau didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di kawasan lapang di Jalan  Kubang Parit, Kuala Terengganu pada 2 Ogos lalu namun perbuatan itu terbongkar apabila mangsa melaporkannya kepada guru sekolah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sesi pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Ogos ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast