ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Apa salahnya jika jawatan Menteri Besar Selangor diberikan kepada calon DAP.

Itu cadangan salah seorang pimpinan UMNO bahagian, Syed Rosli Jamalullai.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan itu berkata, jawatan itu wajar diberikan kepada DAP memandangkan parti itu telah memenangi kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Dalam PRN Selangor, DAP telah memenangi 15 kerusi termasuk DUN Sungai Pelek yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

“Untuk berlaku adil, siapa yang memiliki kerusi majoriti terbanyak maka mereka dalam kalangan ADUN parti tersebut perlu dilantik menjadi MB Selangor.

“Ini berdasarkan cara amalan demokrasi yang sihat dan benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Rosli bersama veteran DAP, Lim Kit Siang.

DAP yang bertanding 15 kerusi memperoleh kemenangan penuh, Parti Amanah Negara (Amanah) menang lima daripada sembilan kerusi, PKR pula menang 12 daripada 20 kerusi dan Barisan Nasional hanya memenangi dua kerusi.

Bagi syarat menubuhkan kerajaan negeri Selangor memerlukan individu Melayu beragama Islam, katanya, DAP mempunyai calon iaitu ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.

Jamaliah sudah menjadi ADUN buat penggal kedua kali ini.

“Semua parti gabungan sewajarnya bersetuju dan menerima fakta asas demokrasi ini dengan tidak mempersoalkan jikalau beliau dilantik menjadi MB Selangor yang baharu,” kata Syed Rosli. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. “Untuk berlaku adil, siapa yang memiliki kerusi majoriti terbanyak maka mereka dalam kalangan ADUN parti tersebut perlu dilantik menjadi MB …..ini lagi ayat pendokong MUNAFIK….RAKYAT TIDAK BOLEH DBODOHKAN. LAGI
    ////??????????
    Umngok yang kecundang SERTA TIADA MAJORITI pru 15 di PERAK dan PAHANG terpaksa SUJUD dan MENJUBURI DAPIGS untuk jawatan MB DISANA…..

    SEJARAH TIDAK MENIPU melainkan GOLONGAN MUNAFIKUN tnya AHMAD MASLAN SIFIR APA yang UMNONGOK guna…..wawancara dalam tv kita YAKINN akan sapu BERSIH 6-0 termasuk mampos omar 19 dun KEDAH dalam GENGAMAN PAKATAN HANCING

    DAPIGS beri jaminan TIADA SEORANG HIJAU d PPINANG

  2. Si KITOL dari Bagan Datoh PASTI mahu UMNO jadi MB atau KM walau hanya seorang je menang… dan tentu PASTI Si KITOL akan mahu MB di Negeri SEMBILAN sebab UMNO majority… UMNO ni BIOL dia DAH TUNGGANGLANGGANG dah…. ZAHID HAMIDI are you ready… passport tu simpan bebaik sbb PRK Pulai tak lama tu… dengar cerita “PERIBADI” 10 MP yang serah SD pada Muhyidin lepas PRU 15 nak happy happy buat PRK. ANWAR IBRAHIM camner Sabah Sarawak pun KETUA dia akan ada “CADANGAN PERIBADI” hahaha

  3. Hei bahalol tak ada parti yang dapat majoriti YDPA dah panggil PN untuk bekerjasama dengan PH tapi PN tamak dan hanys pentingkan temboloknya saja tanpa fikirkan rakyat. YDPA pujuk BN untuk bantu. PH membuat tawaran untuk kerjasama dengan BN tapi PN tak pelawa NN untuk mbuat tawaran. Jadi lihatlah betapa hebal nya orang yang beri komen di atas tu. Kalau dah dasar lembu tu.memanglah bodoh macam otak lembu.

    • batu api yang BEBAL….hidup biar ada prinsip dan maruah…BUKAN MUDAH utk dijualbeli dengan KUASA WANG DAN JAWATAN…..sanggup gadai prinsip agama bangsa negara dan sumpah LAKNAT…..TONTON VIDEO umno ASRAF WAJDI…10 sebab kita menentang DAPIGS
      PAU…NO ANWAR NO DAPIGS

      biar PUTIH tulang jangan PUTIH mata
      LEMBU pun beri MANFAAT pada manusia…BATU API dimusuhi kerana LAGAkan manusia

      ZAHID HAMIDI MUNAFIK dan konconya yakin berkuasa dalam PRU15 dengan FORMULA BEBAL DAN BANGANG…menang di MELAKA dan JOHOR…KITA BERGERAK SOLO..ZAHID TERDESAK dan mendesak Ismail SABRI bubar PARLIMEN segera,,,,akhirnya BUNGKUS dan terpaksa MENJUBURI ANWAR sebaga talian hayat….PRN pun LINGKUP

  4. Haah, kalau pasal membodek bagi la pada melayu… ada la kuncu2 maharaja yg mintak Syed Rosli buat statement mcm tu… nanti nak PRU16 mungkin dia masuk DAP pulak mana tau dapat jadi PM

Comments are closed.