Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani Serta Pusat Penjana Madani Jalan Tasik Selatan 2A, Desa Tasik, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu dinasihatkan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes mahkamah yang sedang beliau hadapi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan nasihat berkenaan selepas Muhyiddin membuat gesaan supaya beliau meletakkan jawatan.

Ini berikutan keputusan pilihan raya di enam negeri yang memperlihatkan kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata, beliau tidak pasti Muhyiddin membuat gesaan tersebut berlandaskan faktor apa kerana pentabdiran negara masih lagi dikuasai oleh Kerajaan Perpaduan.

“Kita kekal kemenangan tiga negeri, kita masih dapat dua pertiga majoriti ahli parlimen, dia buat perkiraan apa? Saya nasihatkan dia tumpun kes mahkamah,” kata Anwar ringkas kepada media.

Anwar ditemui selepas merasmikan projek Residensi Wilayah, Residen Prihatin Madani dan Pusat penjaja Madani di Desa Tasik hari ini.

Pada 12 Ogos lalu Muhyiddin berkata, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.

Muhyidddin turut menyifatkan Kerajaan Persekutusan yang diterajui Anwar bersama Presiden UMNI Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai gabungan politik rapuh serta perpaduan palsu.

“Maka benarlah pilihan raya negeri ini adalah satu referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi yang menerajui gabungan ini mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta merta,” katanya pada sidang media di sebuah hotel selepas keputusan PRN diumumkan.

Pada PRN lalu Kerajaan Perpaduan dan pembangkan mengekalkan status quo dengan masing-masing mendapat kemenangan di negeri yang ditadbir sebelum ini.

Bagaimanapun jumlah sokongan dan jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang meningkat terutama di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Selangor.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ANWAR MUNAFIK menyalak kerajaan GAGAL GAGAL…TIADA KEABSAHAN saya ulang saya ulang saya ADA NOMBOR EKOR cukup….demontrasi depan PARLIMEN….DERHAKA YDPA ketika DARURAT COVID ….TIDAK AKAN KERJASAMA PERASUAH PENYAKAU UMnogok hari ini terkedu BILA TERKENA BATANG HIDUNG sendiri

Comments are closed.