Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Anthony Loke bercakap pada sidang media berkenaan kemalangan kapal terbang di Elmina ketika hadir di Bilik Mesyuarat Lapangan Terbang Subang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 17 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Dua mangsa yang berada di darat ketika pesawat persendirian terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor
masih belum dikenal pasti.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya pada waktu ini hanya mempunyai maklumat mengenai lapan mangsa yang berada di dalam pesawat milik Jetvalet Sdn. Bhd.

“Dari segi mangsa penunggang motosikal tersebut tidak dapat disahkan oleh kita pada ketika ini dan identiti mangsa hanya boleh disahkan oleh siasatan polis,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Nahas pesawat yang berlaku kira-kira pukul 2.51 petang itu mengorbankan 10 nyawa.

Lapan mangsa dalam pesawat melibatkan dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.

Manakala enam penumpang adalah Khairul Azwan Jamaludin, Shahrul Amor Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Datuk Seri Johari Harun, Muhammad Taufik Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Kapten Datuk Norazman Mahmud berkata, kedua-dua juruterbang pesawat terbabit mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pesawat.

Tambahnya, masih terlalu awal untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Jetvalet Sdn. Bhd berhubung insiden itu sehingga siasatan selesai.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast