SEPANG – Jenazah juruterbang nahas di Elmina, Shah Alam, Heikal Aras Abdul Azim akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.
Sebelum itu, jenazah allahyarham akan di bawa ke rumahnya bagi membolehkan keluarga dan kenalan menziarahi buat kali terakhir.
Sejak pukul 10 pagi tadi, orang ramai termasuk ahli keluarga dan saudara mara mula hadir di rumah allahyarham di Taman Desa Pinggiran Putra, Sepang.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.
Heikal Aras antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di Shah Alam pada Khamis lalu.
Jenazah merupakan pembantu juruterbang yang disahkan maut bersama seorang lagi juruterbang dan enam penumpang dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina.
Dalam kejadian pukul 2.40 petang Khamis, 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun terkorban setelah pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang itu terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam.
Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. – MalaysiaGazette