Ahmad Zahid Hamidi. Foto MUHD NA’IM, 10 OGOS 2023.

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari disifatkan tidak layak menjadi ahli Parlimen kerana mahu menggunakan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri diperintah gabungan partinya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tindakan itu adalah disifatkan jumud apabila pendekatan patriotik tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Dia ini gila ke apa? Ini bukan soal politik sebab soal bendera perayaan Hari Kebangsaan adalah acara nasional dan saya fikir jangan politikkan perkara ini.

“Saya fikir dia tidak layak jadi ahli Parlimen kalau sikap dia terlalu jumud,” katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Tahun 2023 di Padang Bola Sepak ABC, Presint 5 hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas yang berkata, PN bercadang untuk menggunakan menggunakan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri diperintah gabungan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan tidak semua perkara tidak boleh dipolitikkan.

“Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan,” katanya lagi.

Logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan Bunga Raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

Pada Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PN cadang tema, logo Hari Kemerdekaan berbeza

5 Komen

  1. Kerajaan sambut kemerdekaan dari penjajahan siapa, British? Kami penyokong2 PN menyambut kemerdekaan dalam skop yang lebih luas, merdeka dari segala jenis penjajahan Portugis, Siam, Jepun, British, Komunis, LBGT, Liberal, Sekular dan dsb.

    Selamat menyambut kemerdekaan.

  2. Logo dan Tema Kemerdekaan bukan PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG atau PERATURAN TERTIP AGAMA. ini dibenarkan.
    Jika libatkan Perlembagaan, Perundangan dan Peraturan Tetap Negara Malaysia itu perlu dipelihara dan dipertahankan. KES perlu dihalang antara contoh Agama Islam, Raja, Hak Bumiputera, Kanun Tanah, Kerakyatan, Perkahwinan dan banyak lagi… itu patut ZAHID HAMIDI alerts.. atau kes SAKAU SAMUN BUNUH TIPU itu perlu “SELARAS” untuk dipatuhi…

  3. Rakyat berharap kerajaan dan PMX bertindak tegas dlm hal ni. Ni dah melampaui batas dan mengancam sistem Persekutuan. Mereka ini ialah golongan pemisah yg dah mula menghasut rakyat seperti di selatan Thailand, selatan Filipina dan Sri Langka. Rakyat berharap kerajaan akan menangkap golongan pelampau dan pemisah ni di bawah Akta SOSMA…betul2 melampaui batas

    • Mungkin Zahid sudah lupa apa apa ‘cikgunya’ kata ketika mempertahankan tindakan Pakatan Rakyat itu.

      Berikut sedutan kenyataan Anwar semasa menjawab soalan wartawan berhubung tindakan pakatan berkenaan:

      ‘’Teman Hari Merdeka itu patut inklusif. Ia tidak tema propaganda UMNO-BN. Saya tidak fikir ia menjadi satu masalah kalau orang gunakan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’…apa yang boleh memecah belahkan?’’

      ‘’Ada orang kata ini nampak seolah-olah dekat (slogan) 1Malaysia…saya tidak ada masalah dengan slogan itu. Empat negeri itu (di bawah Pakatan Rakyat) kita akan kemukakan (cadangan) sebab kita akan ada mesyuarat Pakatan Rakyat.Kita belum putuskan sama ada kita akan cadangkan kerajaan negeri melaksanakan tema tersebut.

      ‘’Tetapi saya fikir wajar kalau kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) menggunakan tema tersebut (Sebangsa,Senegara,Sejiwa)…sebab tema ini lebih mencakup semua kepentingan kaum dan semua aliran parti politik..ia slogan yang lebih inklusif..’’

      Berdasarkan kenyataan itu adakah tindakan Pakatan Rakyat pada 2012 itu juga boleh dianggap berada dalam kategori ‘’gila dan tidak layak jadi Ahli Parlimen, kalau sikapnya yang jumud’’.

      Apakah kerana Ahmad Zahid dan UMNO sudah ‘satu kelab’ dengan PKR dan DAP maka tindakan ‘gila dan jumud’ mereka ketika menjadi pembangkang pada 2012 harus dilupakan? Manakala apabila pembangkang hari ini iaitu PN ‘mengulangi’ tindakan sama atas hujah yang sama mereka dianggap ‘gila dan jumud’? Siapa sebenarnya ‘gila dan jumud’? Apakah tindakan Pakatan Rakyat pada 2012 itu tidak boleh dianggap mempolitikkan agenda Nasional?

      Ahmad Zahid tengoklah balik klip video sidang akhbar Anwar pada 2012 itu yang antara lain, Anwar turut menyifatkan penggunaan tema ‘Janji Ditepati’ adalah tindakan terdesak UMNO-BN .

      Tidak cukup dengan Ahmad Zahid, turut ‘galak’ mengkritik tindakan PN ialah penganalisis-penganalisi politik ‘hebat’ yang menganggap tindakan PN itu seolah-olah mengkhianati

  4. BILA PEMIMPIN2 MUNAFIK ANWAR ZAHID SEKUTUNYA BERBICARA….SEMUANYA SUCI LAGI MENYUCIKAN…..SATU JARI TELUNJUK KE DEPAN 4 JARI BALIK KE MUKA SENDIRI

Comments are closed.