Juruterbang kedua pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) Heikal Anas Abdul Azim disifatkan oleh abangnya sebagai seorang yang periang dan amat menghormati kedua ibu bapanya. Beliau turut berkongsi kehebatan salah seorang anak Allahyarham yang amat berminat dalam dunia penerbangan. Heikal merupakan salah seorang daripada 10 individu yang maut dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam khamis lalu. – MG