Muhammad Faiz Fadzil

KUALA LUMPUR – Polis perlu menyiasat tindakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari bercadang menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, tindakan kenyataan itu disifatkan sebagai berbaur hasutan kepada rakyat di empat negeri yang ditadbir PN iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, di samping membangkitkan perasaan benci kepada kerajaan persekutuan.

Kata beliau, siasatan boleh dibuat sama ada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan mahupun Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Langkah Pemuda PN melancarkan logo dan tema tersendiri itu menunjukkan sikap kurang patriotik di kalangan parti itu.

“Ini kerana Hari Kebangsaan adalah sambutan seluruh negara yang digerakkan di peringkat persekutuan memandangkan Malaysia adalah sebuah persekutuan.

“Hari Kebangsaan adalah merujuk kepada merdekanya sebuah negara Malaysia yang pentadbirannya ditunjangi kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, PN mencadangkan tema dan logo Hari Kemerdekaan Ke-66 yang berbeza dengan yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, tema dipilih itu adalah ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ selaras dengan usaha menyemarakkan lagi semangat patriotik dan memekarkan kecintaan rakyat terhadap negara.

Menurut beliau, logo berasaskan bunga raya memaparkan empat warna dalam Jalur Gemilang iaitu biru, putih, kuning dan merah.

Sementara itu, pada Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi.

Menurut Faiz, sikap biadab Pemuda PN menunjukkan pemikiran parti itu yang menganjurkan perpecahan dan menolak perpaduan.

“Perpecahan adalah hasil pemikiran takfiri yang perlu dibendung sebelum membarah. Kemenangan PN di tiga negeri Sabtu lalu dan satu negeri pada PRU15 November tahun lalu bukanlah manifestasi mutlak rakyat Malaysia menyokong PN.

“Ini kerana Kerajaan Perpaduan gabungan PH-BN juga menang di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya.

Malah kata beliau lagi, undi popular PH-BN mengatasi PN dengan memperoleh undi sebanyak 3,399,473 undi manakala PN 3,382,454 undi.

Katanya, amat mendukacitakan apabila PN berceramah dengan penyokongnya merayu peruntukan dana dari kerajaan persekutuan dan mempersoalkan semangat federalisme kerajaan pusat.

Bagaimanapun, pada masa sama, tidak menghormati semangat federalisme yang dilaungkan.

“Sebagai anak muda, Pemuda PN digesa untuk lebih memahami struktur negara ini yang berteraskan sistem federalisme supaya kestabilan dan keamanan negara dan semua 14 negeri dan wilayah persekutuan dipelihara.

“Pertahankanlah kemerdekaan negara ini dengan perpaduan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Mungkin Zahid sudah lupa apa apa ‘cikgunya’ kata ketika mempertahankan tindakan Pakatan Rakyat itu.

    Berikut sedutan kenyataan Anwar semasa menjawab soalan wartawan berhubung tindakan pakatan berkenaan:

    ‘’Teman Hari Merdeka itu patut inklusif. Ia tidak tema propaganda UMNO-BN. Saya tidak fikir ia menjadi satu masalah kalau orang gunakan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’…apa yang boleh memecah belahkan?’’

    ‘’Ada orang kata ini nampak seolah-olah dekat (slogan) 1Malaysia…saya tidak ada masalah dengan slogan itu. Empat negeri itu (di bawah Pakatan Rakyat) kita akan kemukakan (cadangan) sebab kita akan ada mesyuarat Pakatan Rakyat.Kita belum putuskan sama ada kita akan cadangkan kerajaan negeri melaksanakan tema tersebut.

    ‘’Tetapi saya fikir wajar kalau kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) menggunakan tema tersebut (Sebangsa,Senegara,Sejiwa)…sebab tema ini lebih mencakup semua kepentingan kaum dan semua aliran parti politik..ia slogan yang lebih inklusif..’’

    Berdasarkan kenyataan itu adakah tindakan Pakatan Rakyat pada 2012 itu juga boleh dianggap berada dalam kategori ‘’gila dan tidak layak jadi Ahli Parlimen, kalau sikapnya yang jumud’’.

    Apakah kerana Ahmad Zahid dan UMNO sudah ‘satu kelab’ dengan PKR dan DAP maka tindakan ‘gila dan jumud’ mereka ketika menjadi pembangkang pada 2012 harus dilupakan? Manakala apabila pembangkang hari ini iaitu PN ‘mengulangi’ tindakan sama atas hujah yang sama mereka dianggap ‘gila dan jumud’? Siapa sebenarnya ‘gila dan jumud’? Apakah tindakan Pakatan Rakyat pada 2012 itu tidak boleh dianggap mempolitikkan agenda Nasional?

    Ahmad Zahid tengoklah balik klip video sidang akhbar Anwar pada 2012 itu yang antara lain, Anwar turut menyifatkan penggunaan tema ‘Janji Ditepati’ adalah tindakan terdesak UMNO-BN .

    Tidak cukup dengan Ahmad Zahid, turut ‘galak’ mengkritik tindakan PN ialah penganalisis-penganalisi politik ‘hebat’ yang menganggap tindakan PN itu seolah-olah mengkhianati

    KASIHAN lihat anak USTAZ FADHIL NOOR ni

  2. BILA PEMIMPIN2 MUNAFIK ANWAR ZAHID SEKUTUNYA BERBICARA….SEMUANYA SUCI LAGI MENYUCIKAN…..SATU JARI TELUNJUK KE DEPAN 4 JARI BALIK KE MUKA SENDIRI

  3. Logo sahaja berbeza, tetapi semangat kemerdekaan dan ruhnya tetap sama! Ia bukannya menjadi isu sangat.

    Sambutlah hari tersebut dengan mendalami maksud sebenar kemerdekaan. Merdeka dari Siam, Portugis, British, Jepun dan yang paling kejam dan brutal pengganas komunis.

    Ingatilah peristiwa Dato Maharajalela diperlakukan kejam oleh British juga peristiwa Bukit Kepong yang mana balai polis telah diserang oleh pengganas komunis yang turut membunuh suri2 rumah.

    Selamat nenyambut hari kemerdekaan.

Comments are closed.