KUALA LUMPUR – Seekor kucing yang cedera semasa kejadian nahas pesawat di Elmina, Shah Alam berjaya diselamatkan.
Si bulus berwarna oren dikenali Oyen itu diselamatkan pasukan kecemasan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dihantar ke klinik veterinar semasa kejadian.
“Oyen ini ada di kawasan kejadian semasa kapal terhempas di Elmina. Terima kasih tim ambulans KKM kerana turut menyelamatkan Oyen,” kata Zul Erwan Veterinary Clinic di media sosialnya hari ini.
Berdasarkan laporan BFM News, gambar disertakan menunjukkan kucing berkenaan mengalami kecederaan di bahagian perut akibat insiden berkenaan. – MalaysiaGazette