Memakai hijab telah menjadi undang-undang di Iran selama lebih dari 40 tahun. foto Tehran Times

TEHRAN – Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian yang ketat telah diluluskan oleh jawatankuasa parlimen khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa) pada Isnin.

Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa, memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian.

Dalam kes tertentu, hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda boleh mencecah lebih €5,000 (US$5,450).

Wanita asing yang menentang undang-undang boleh diusir dari negara itu. Menghina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan dan 74 sebatan.

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam semua perkara strategik, turut dirujuk untuk undang-undang baharu itu dan menegaskan bahawa memakai hijab adalah kewajipan agama.

Pada masa sama, wanita memakai tudung yang tidak sesuai bukan menentang agama dan revolusi, katanya baru-baru ini.

Memakai hijab telah menjadi undang-undang di Iran selama lebih dari 40 tahun.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast