Foto Facebook Haim Hilman Abdullah.
KUALA LUMPUR – Exco Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) baharu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah akan memanfaatkan sehabis baik sumber-sumber yang ada di bumi negeri itu.
Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) itu juga komited mengenalpasti sumber baharu termasuk hubungan stategik dengan agensi tempatan dan antarabangsa dalam melaksanakan semua projek yang telah dirancang dan bakal dibentuk sejajar dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035.
“Segala puji bagi Allah, tuhan yang mentadbir alam ini. Syukur kerana hari ini masih diberikan nikmat iman dan Islam yang memandu seluruh kehidupan kita.
“Hari ini 21 Ogos 2023, saya diamanahkan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah serta selaku Exco Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, dan Sains, Teknologi & Inovasi.
Semestinya pelaburan, pembangunan dan pendidikan tinggi sangat penting bagi membawa limpahan ekonomi dan kesejahteraan kepada rakyat dan negeri.
“Kita akan memanfaatkan sehabis baik sumber-sumber yang ada di bumi Kedah disamping mengenalpasti sumber baharu termasuk hubungan stategik dengan agensi tempatan dan antarabangsa dalam melaksanakan semua projek yang telah dirancang dan bakal dibentuk sejajar dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035.
“Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Hj Muhammad Sanusi Md Nor, kepimpinan PAS dan Perikatan Nasional atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.
“Insya-Allah saya akan berikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan Negeri Kedah bagi memastikan kelangsungan pembangunan negeri tercinta ini selari dengan aspirasi The Greater Kedah,” tulis di Facebook miliknya di sini.

Pada Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos lalu, Haim Hilman membalas kepercayaan Perikatan Nasional (PN) apabila menang kerusi DUN Jitra selepas menewaskan pencabar daripada Pakatan Harapan (PH), Datin Sabrina Ahmad, 45, yang juga Ketua Wanita PKR KedahBekas pensyarah berusia 50 tahun itu meraih majoriti besar, 23,172 undi selepas semua kertas undi dari 111 peti dikira.

Haim Hilman antara 10 barisan Exco Kedah yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Menghadap Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar pagi ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.