Sharkar (dua dari kiri) menyerahkan Notis Pengisytiharan Kekosongan N.36 DUN Pelangai kepada Zamree di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin telah membuat penyerahan Notis Pengisytiharan Kekosongan N.36 DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini hari ini.

Notis tersebut daerah kepada Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang pukul 11.20 pagi tadi.

Ia susulan kematian ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang telah meninggal dunia dalam nahas pesawat pada 17 Ogos lalu.

“Adalah dimaklumkan bahawa ADUN Pelangai (N.36), Yang Berhormat Datuk Seri Johari Harun telah meninggal dunia pada 17 Ogos 2023 (Khamis).

“Sehubungan dengan itu, kerusi DUN Pahang Kawasan N.36 Pelangai diisytiharkan kosong dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk urusan selanjutnya,” tulis notis tersebut.

Difahamkam SPR akan mengadakan mesyuarat berkaitan selewat-lewatnya minggu ini.

Ketika ditanya adakah berkemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai akan diadakan serentak bersama Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor nanti, Zamree berkata, ia tertakluk kepada keputusan mesyuarat nanti.

“Mesyuarat akan dijalankan pada minggu  ini. Tunggu apa keputusan mesyuarat nanti.

“PRK diadakan jika kekosongan kerusi DUN kurang dari tiga tahun tahun dan diadakan dalam tempoh 60 hari kekosongan,” kata Zamree.

Untuk rekod, sehingga Mei tahun ini seramai 16,475 pengundi berdaftar dengan SPR. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast