Kit Siang Hari Kemerdekaan
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berpandangan, cadangan agar Hari Kemerdekaan Ke-66 disambut secara berasingan mengikut fahaman politik adalah mengejutkan.

Menurut beliau, cadangan tersebut tidak sepatutnya dilaksaksanakan kerana ia tidak pernah diamalkan sejak 1957.

“Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, wilayah atau fahaman politik sepatutnya menyambut Hari Kemerdekaan secara bersama seperti yang diamalkan selama 66 tahun.

“Usahlah kita memecahbelahkan lagi rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kelmarin, Perikatan Nasional (PN) mencadangkan tema dan logo Hari Kemerdekaan Ke-66 yang berbeza dengan yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tema yang dipilih adalah ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ selaras dengan usaha menyemarakkan lagi semangat patriotik dan memekarkan kecintaan rakyat terhadap negara.

Cadangan tersebut dibantah banyak pihak kerana ia dilihat tidak selaras dengan semangat sambutan Hari Kemerdekaan yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Malah, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini dilaporkan berkata, negeri itu tetap akan menggunakan logo dan tema Hari Kemerdekaan yang sama dengan kerajaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast