KUALA LUMPUR – Pelakon Azhar Sulaiman mengumumkan dia mahu menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya, MAF14 pada harga bidaan bermula RM1.85 juta.
Perkara itu dikongsikan dalam Instagram yang turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi bakal pembeli.
“Satu-satunya gelaran MAFIA untuk dilepaskan. Bidaan bermula pada harga RM1.85 juta.,” tulisnya ringkas.
Hero filem Abang 92 itu turut berkongsi gambar memegang keratan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebagai bukti pemilik.
Turut disertakan adalah foto kenderaannya, Nissan Murano yang pernah tular tiga tahun lalu disebabkan nombor berkenaan.
Ini disebabkan Azhar yang juga arkitek pernah berkongsi gambarnya memperbaharui lesen kenderaan yang bernombor plat MAF14 itu. – MalaysiaGazette