Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki telah membuat panggilan palsu berhubung ancaman bom di pusat membeli belah AEON Mall Klebang, Ipoh petang semalam telah ditangkap.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelakki berusia 38 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di kawasan Tasek, Ipoh pada jam lebih kurang 9.30 malam iaitu kurang lima jam selepas laporan polis diterima.

“Suspek berkenaan dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan ancaman bom kepada pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut berdasarkan pengakuan dan keterangan yang dikumpulkan oleh siasatan polis,” katanya dalam kenyataan rasmi di laman sesawang FB IPD Ipoh awal pagi tadi.

Polis turut merampas merampas peranti komunikasi yang digunakan suspek untuk membuat panggilan ancaman bom palsu itu.

Tambahnya, kes berkenaan berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya suspek.

Polis turut merampas merampas peranti komunikasi yang digunakan suspek untuk membuat panggilan ancaman bom palsu itu.

Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk direman bagi membantu siasatan lanjut dalam kes tersebut, tambahnya.

Yahaya berkata, pemeriksaan di seluruh bangunan pusat beli-belah itu turut mendapati tiada sebarang objek meragukan yang ditemui polis.

“Selepas keadaan disahkan selamat, semua kakitangan premis itu dibenarkan memasuki semula ke dalam bangunan pada jam 10.30 malam.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang panggilan ancaman bom palsu dengan sewenang-wenangnya sehingga mendatangkan ketakutan dan menggugat ketenteraman awam.

Semalam, bangunan itu terpaksa dikosongkan dan dihenti operasi selepas pekerja premis menerima panggilan ancaman bom kira-kira 5.30 petang.

Susulan itu, Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dibantu pasukan bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di bangunan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast