KUALA LUMPUR – Pelbagai aktiviti menarik diadakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sempena Sambutan Hari Veterinar dan Hari Kebajikan Haiwan 2023 anjuran jabatan itu di Laman Ternakan, MAEPs, Serdang Selangor bermula 24 hingga 27 Ogos ini.

Menurut satu kenyataan, antaranya pameran lembu sado, pameran dan jualan pelbagai baka kambing, Meow Fiesta (pertandingan kucing cantik), jualan produk berasaskan ternakan, Klinik Veterinar dan banyak lagi.

“Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Veterinar pada tahun ini iaitu ‘Promoting Diversity, Equity dan Inclusiveness in the Veterinary Profession’ yang menumpukan kepada pengiktirafan usaha dan sumbangan para Veterinawan ke arah meningkatkan kesejahteraan profesioan veterinar melalui kepelbagaian aitiviti bidang veterinar yang semakin mencabar selain mengawal penyakit zoonotik dan rentas sempadan meliputi keselamatan haiwan.

“Manakala Sambutan Hari Kebajikan Haiwan pula diadakan bagi tujuan memberi kesedaran awam kepada masyarakat di Malaysia berhubung tanggungjawab, ihsan, kasih sayang dan keprihatinan kepada haiwan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam hal berkaitan keselamatan makanan berasaskan ternakan, DVS bertanggungjawab menilai tahap keselamatan makanan terutama yang diimport agar bebas dari penyakit dan selamat dimakan.

Katanya, DVS mengambil maklum mengenai isu penemuan tanda-tanda jangkitan Lumpy Skin Disease (LSD) oleh pihak berkuasa Indonesia pada lembu yang diimport oleh negara itu dari Australia.

Tambahnya, untuk memastikan sektor ternakan dalam negara terjamin bebas daripada sebarang risiko penyakit ini, DVS sentiasa memastikan semua pengimportan ternakan hidup adalah mengikut protokol dan tatacara yang telah ditetapkan oleh keraajaan.

“Tindakan penggantungan bersifat sementara telah diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dakwaan pihak berkuasa Indonesia itu benar memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari Australia.

“Namun begitu, pengimportan daging lembu dari Australia masih dibenarkan,” katanya.

KPKM dan DVS akan terus mengadakan libat urus bersama pemain industri yang berperanan penting dalam rantaian pengeluaran makanan berasaskan ternakan agar kekal terjamin dan memastikan kejadian penyakit haiwan ternakan dalam negara terkawal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast