JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) menyifatkan dakwaan UMNO bahawa gelombang rakyat menyokong parti itu akan berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram hanya khayalan yang mewujudkan sindrom penafian.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, UMNO dilihat seakan sukar menerima kenyataan bahawa PN semakin diterima rakyat.
Sebaliknya, tambah beliau, parti itu cuba menafikan hakikat tersebut seperti yang mereka lakukan semasa pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri sebelum ini.
“Pada PRN sebelum ni pun dia cakap sama juga, jadi ayat syok sendiri adalah perbualan daripada mulut mereka, jadi kita tak ambil kisah tentang apa yang mereka cakap sebab rakyat pun tahu apa mereka cakap, rakyat tak lupa pun.
“Jadi pada saya biarlah sindrom penafian yang ada dengan mereka itu sesuatu yang mereka boleh bawa untuk masa depan mereka syok sendiri, sindrom penafian itu adalah syok sendiri mereka,” katanya ketika ditemui media di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini,
Terdahulu Hamzah mengetuai perarakan mengiringi calon PN, Zulkifli Jaafar untuk menyerahkan borang penamaan calon untuk kerusi Parlimen Pulai.
Zulkifli akan menentang calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat serta calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.
Sementara itu, Hamzah berkata, Zulkifli dipilih kerana parti itu yakin beliau mampu berkhidmat selain tahu tanggungjawab serta memahami kepentingan rakyat.
Kelebihan Zulkifli sebagai aktivitis masyarakat sebelum ini akan turut membantu dalam usaha merampas kerusi Parlimen Pulai daripada PH, ujar beliau.- MalaysiaGazette
#bukamulutbohong
#bukamatajedahbohong
UMNO tu akarumbi berjuta-juta…
ZAHID tu berapa kerat je barisan penyokong.
puak-puak UMNO ni jika Bukan MENIPU dia AKAN BERBOHONG. akarumbi kata SUMPAH nama ALLAH pun hanyut kelaut apalagi pada rakyat. ZAHID ni bila BUKA MULUT terpaksa dengar tapi PERCAYA JANGAN.. Si KITOL Modern adalah beliau dan puak-puak mereka adalah SI KITOL terlatih memusnahkan Parti KERAMAT