KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah memetakan perjalanan perjuangan yang panjang dengan penuh dedikasi, iltizam dan nilai pengorbanan, kata Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, sebagai seorang pemimpin yang lahir dari kilang Pemuda, beliau memahami bahawa UMNO akan terus bernyala obornya jika dapat digembelingkan kekuatan generasi baharu dan kepimpinan sedia ada.
“Gelora semangat jiwa muda dan hikmah kebijaksanaan orang lama inilah kombinasi ampuh yang akan membangkitkan UMNO sebagai sebuah legasi perjuangan.
“Pemuda mempunyai tanggungjawab besar menyumbangkan idea, mengerahkan tenaga dan mengetengahkan perspektif yang segar serta berganding bahu bersama kepimpinan dalam menghadapi kedinamikan politik citra Malaysia masa kini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-74 Pemuda UMNO Malaysia hari ini.
Ahmad Zahid mengajak Pemuda rapatkan barisan, menghuraikan perbezaan secara bermusyawarah dan bersulam kematangan minda.
Beliau mahu sayap parti itu terus fokus ke arah memperkasakan sinergi Pemuda di seluruh negara demi mencapai matlamat yang satu agar UMNO yang dicintai ini kembali bertaut di hati anak-anak muda.
“Kepada pemuda-pemudaku, semoga semangat kebersamaan dan kerja keras terus berkobar. Teruslah berperanan memberikan inspirasi dan solusi.
“Kekallah memainkan peranan dalam memastikan kestabilan politik dan sosial di negara ini. Jadi agen yang menjadi penghubung antara rakyat dan parti keramat ini.
“Selamat menyambut Hari Ulang tahun ke-74 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette
ZAHID ni dimana-mana tetap dengan MUKA TEBALNYA… macam robot yang dikawal mengatakan PEMUDA dari KILANG… Hoi Yahoi ZAHID Pemuda tu BERSIH jangan diajar untuk SAKAU…. orang TUA tau ke SAKAU tu bender apa jika tak tahu boleh direct call ANWAR IBRAHIM dia akan SULAMKAN siap SELIT MENYELIT secara berhemah.