Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman berhubung laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Johor.

Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman berkata, pihaknya telah dihubungi Bukit Aman pagi tadi dan dalam reaksi segera, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk memberi keterangan.

Malah, katanya, sebelum ini Ahli Parlimen Marang itu telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan telefon bimbit milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi membantu siasatan.

“Dalam hal ini, Tan Sri Tuan Guru menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan,” kata Syahir dalam hantaran di laman Facebook. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Semuga segalanya dipermudahkan… PDRM nak tambah ilmu dan melatih anggota untuk berkerja tu. Layan je…

  2. ANWAR MUNAFIK buat pelbagai FITNAH TIDAK PULA DISIASAT
    ZAHID TABUR RASUAH PILIHAN Raya BEBAS dari CENGKAMAN SPRM dn PDRM
    KERAJaan MADANI MUNAFIK bebas guna agensi kerajaan swasta media ….semuanya DOUBLE STANDARD
    INSHA ALLAH GOLONGAN MUNAFIKUN akan TERIMA BALASAN ALLAH d Dunia dn AKHIRAT

Comments are closed.