Tentera Udara Malaysia melakukan persembahan pada sesi raptai sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 28 OGOS 2023.

PUTRAJAYA – Aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meliputi darat, laut dan udara dilibatkan pada sesi raptai separa pada hari ketiga latihan persiapan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Rakyat, di sini, hari ini.

Acara perbarisan Hari Kebangsaan membawa kelainan dengan memasukkan slot peserta kontinjen selain penyertaan pelajar sekolah

Kali ini lebih 17,000 peserta perbarisan di bawah kontinjen bakal memeriahkan sambutan yang bertemakan ‘Tekadkan Perpaduan, Memenuhi Harapan’ dan dijangka lebih 100,000 orang akan menyaksikannya.

Mengikut slot perbarisan yang disediakan untuk sambutan kali ini, kesemua peserta mewakili sembilan kontinjen membabitkan Kontinjen Kenegaraan (1,150 peserta); Kontinjen Perpaduan (800), Kontinjen Ekonomi (1,301 peserta).

Kontinjen Perbankan (900 peserta), Kontinjen Telekomunikasi ( 420); Kontinjen Kreatif dan Penyiaran (436), Kontinjen Sukan Negara (427); Kontinjen Kesejahteraan (2,076) dan Kontinjen Keselamatan Negara membabitkan 4,766 peserta.

Penambahan kontinjen bakal menyaksikan, lebih ramai peserta daripada bank-bank utama dan syarikat telekomunikasi mengambil bahagian dalam perbarisan.

Kumpulan Tattoo Tentera Darat melakukan persembahan pada sesi raptai sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 28 OGOS 2023.

Mengikut slot perbarisan yang disediakan, kesemua peserta mewakili sembilan kontinjen membabitkan Kontinjen Kenegaraan (1,150 peserta); Kontinjen Perpaduan (800), Kontinjen Ekonomi (1,301 peserta).

Kontinjen Perbankan (900 peserta), Kontinjen Telekomunikasi ( 420); Kontinjen Kreatif dan Penyiaran (436), Kontinjen Sukan Negara (427); Kontinjen Kesejahteraan (2,076) dan Kontinjen Keselamatan Negara membabitkan 4,766 peserta.

Penambahan kontinjen bakal menyaksikan, lebih ramai peserta daripada bank-bank utama dan syarikat telekomunikasi mengambil bahagian dalam perbarisan.

Seramai 1,500 pelajar dari 50 sekolah menengah dari Lembah turut terlibat dalam slot perbarisan dan pancaragam dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Klang, SMK Convent Bukit Nanas, SMK Seri Kembangan dan SMK St Mary turut memeriahkan sambutan Hari kebangsaan kali ini.

Selain itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain akan mengetuai pasukan unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Acara payung terjun daripada enam anggota Komando Unit Tindakan Khas dikembalikan pada tahun ini dan ia dijangka menjadi tumpuan pengunjung Dataran Merdeka pada tahun lalu.

Raptai penuh akan berlangsung esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast