Mohd Hafizey Yahaya

SUNGAI UDANG – Seramai 282 banduan Penjara Sungai Udang, di sini dibebaskan lebih awal menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) sejak Januari lalu sehingga kini.

Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Penolong Kanan Komisioner Penjara Mohd Hafizey Yahaya berkata, jumlah itu termasuk 36 orang banduan yang menjalani hukuman penjara kurang tiga tahun dan dibebaskan hari ini.

“Mereka adalah kumpulan pertama yang dibebaskan selepas PBSL sebelum ini hanya diberikan kepada banduan yang menjalani hukuman penjara kurang setahun.

“Daripada 36 yang dibebaskan enam akan pulang ke pangkuan keluarga, 25 lagi akan ditempatkan di rumah perantaraan manakala lima lagi akan mendapat majikan di bawah program ‘Corporate Smart Internship (CSI),” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kebanyakkan banduan yang dibebaskan har ini adalah berkaitan kesalahan dadah dan kes kecurianberusia antara 22 hingga 50-an.

“Bermula Januari sehingga 20 Ogos lalu, seramai 70 banduan yang dibebaskan menerusi PBSL diterima bekerja di bawah CSI, yang mana kita turut bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast