Adnan Zaylani Mohamad Zahid

KUALA LUMPUR – Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 September 2023.

Beliau akan bertanggungjawab menyelia sektor pasaran kewangan dan pembangunan.

Adnan Zaylani juga akan menjadi ahli Lembaga Pengarah BNM dan terus menganggotai pelbagai jawatankuasa bank, termasuk sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pengurusan Rizab, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kewangan, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan, dan Jawatankuasa Dasar Bersama.

dnan Zaylani memulakan kerjaya beliau di BNM pada tahun 1994 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Blavatnik School of Government, University of Oxford.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dari London School of Economics and Political Science.

Sepanjang tempoh kerjaya selama 29 tahun dengan BNM, Adnan Zaylani terlibat dalam pelbagai bidang perbankan pusat yang merangkumi pelaburan dan pasaran kewangan, dasar pertukaran asing, kewangan Islam serta pembangunan sektor kewangan.

Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan, serta ahli Jawatankuasa Eksekutif International Islamic Liquidity Management Corporation, Lembaga Pengarah
Kumpulan Wang Amanah Persaraan dan Lembaga Pengarah International Centre for Education in Islamic Finance. – MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 September 2023.

Sebagai Timbalan Gabenor, Adnan Zaylani akan bertanggungjawab menyelia sektor pasaran kewangan dan pembangunan.

Beliau juga akan menjadi ahli Lembaga Pengarah BNM dan terus menganggotai pelbagai jawatankuasa bank, termasuk sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pengurusan Rizab, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kewangan, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan, dan Jawatankuasa Dasar Bersama.

dnan Zaylani memulakan kerjaya beliau di BNM pada tahun 1994 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Blavatnik School of Government, University of Oxford.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dari London School of Economics and Political Science.

Sepanjang tempoh kerjaya selama 29 tahun dengan BNM, Adnan Zaylani terlibat dalam pelbagai bidang perbankan pusat yang merangkumi pelaburan dan pasaran kewangan, dasar pertukaran asing, kewangan Islam serta pembangunan sektor kewangan.

Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan, serta ahli Jawatankuasa Eksekutif International Islamic Liquidity Management Corporation, Lembaga Pengarah
Kumpulan Wang Amanah Persaraan dan Lembaga Pengarah International Centre for Education in Islamic Finance. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast