GEORGE TOWN – Seorang nelayan menyelamatkan seorang wanita yang jatuh dari jambatan Jambatan Pulau Pinang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba da Penyelamat Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi selepas panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.28 pagi tadi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Honda City serta dokumen peribadi milik wanita berusia 23 tahun itu ditinggalkan di bahu jalan atas jambatan berkenaan.
“Wanita itu berjaya diselamatkan pihak nelayan pada jam 4.52 pagi tadi sebelum dibawa ke pesisiran pantai.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.49 pagi. – MalaysiaGazette