Penduduk setempat bersama calon Pakatan Harapan (PH) P.161 Pulai, Suhaizan Kayat mengibarkan Jalur Gemilang sambil membuat pengiraan detik Ambang Merdeka sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Taman Seroja, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 30 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak agar bersama-sama bersatu dan mendukung erat semangat perpaduan berteraskan agenda Malaysia Madani.

Menurut beliau, ia adalah demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara selari dengan tema Hari Kebangsaan 2023 iaitu Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut mengimbau kembali ketika sambutan Hari Kebangsaan dahulu diraikan dengan lagu patriotik seperti Tanggal 31 Ogos, Warisan dan Bahtera Merdeka.

“Tetapi sekarang saya tengok anak muda menyanyi lagu dengan citarasa mereka seperti Standing in The Eyes of The World yang dinyanyikan oleh Ella dan lagu Negaraku yang Faizal Tahir nyanyikan.

“Walaupun kita berlainan era, rentak dan selera nyanyian juga berbeza, tapi matlamat kita tetap sama, kita mahu mempertahankan apa yang telah dicapai selama ini melalui semangat patriotisme dan persefahaman, tanpa mengira latar belakang bangsa dan ideologi politik,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast