Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melabelkan Pas sebagai ugly kingmaker kerana parti tersebut dikatakan selalu menukar ‘fatwa’ untuk menghalalkan tindakan politiknya.

Menurut beliau, Pas meninggalkan sesiapa sahaja yang parti itu mahu.

“Pas akan menghukum dan melabel sesiapa sahaja sebagai anti-Islam untuk menjadi kingmaker.

“Pas jadi angkuh kerana kini dia kingmaker kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Puad mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam bahawa semua gerakan politik di negara ini harus melibatkan Pas sebagai kingmaker untuk perpaduan ummah.

Muhammad Sanusi menambah, UMNO tidak boleh boleh mengetepikan peranan Pas dalam banyak isu perpaduan politik.

Malah, Pengerusi Pilihan Raya Pas itu percaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berjaya menyambung hayat politiknya sekiranya Pas tidak dilibatkan.

Kelmarin, Ahmad Zahid menegaskan UMNO tidak berhasrat untuk menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan parti atau pemimpin yang bermuslihat. – MalaysiaGazette