KUALA LUMPUR – Pelbagai cara rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara baru-baru ini.
Selain peringkat nasional dan negeri, sambutan berskala kecil juga diadakan di taman-taman perumahan.
Penduduk Taman Kencana di Ampang dekat sini tidak terkecuali menyambut Malam Ambang Merdeka 2023 di kawasannya.
Selain jamuan makan, penduduk juga mengadakan aktiviti pertandingan rumah tercantik sempena merdeka, pakaian tercantik, basikal tercantik untuk kanak-kanak.
Aktiviti persembahan kanak-kanak dan baca puisi dan sajak juga diadakan kepada penduduk Taman Kencana selain pertunjukan bunga api.
Ia anjuran persatuan penduduk, Kawasan Rukun Tetangga dan Surau Nur Iman di Taman Kencana.
Hasrat mereka bukan sahaja menghargai sambutan ulang tahun kemerdekaan tetapi lebih mendidik generasi muda supaya mengenang jasa pejuang terdahulu dan dapat diteruskan pada masa hadapan. – MalaysiaGazette