Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seekor harimau didakwa orang ramai berkeliaran di Batang Kali, Goh Tong Jaya, Kuala Kubu Bharu dan Serendah.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus yang mengesahkan menerima empat laporan berhubung kejadian itu serta meminta orang ramai berwaspada dan berhati terutama ketika menjalankan aktiviti berkebun, mendaki bukit, memasuki hutan dan sebagainya.

Menurut beliau, pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai perkara itu supaya mereka dapat mengambil tindakan awal untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat terjamin.

Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang dikatakan berkeliaran, dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan itu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang awam dinasihatkan supaya bertenang dan tidak gusar berhubung kejadian ini.

Sebaliknya mereka diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini bagi membantu siasatan polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast