APM membantu mangsa banjir di Raub malam tadi. Gambar ihsan : APM Raub

KUANTAN – Sebanyak 16 kediaman di Jerantut dan Raub di Pahang terjejas akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Dalam laporann Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah (JBPD) Jerantut memaklumkan sebanyak lapan buah rumah di Kampung Sempadan, Hulu Cheka, Jerantut dinaiki air kira-kira pukul 3 pagi.

“Faktor kejadian berpunca daripada hujan lebat mulai pukul 8 malam semalam menyebabkan kenaikan dan limpahan paras air Sungai Sepan di kampung itu,” katanya dalam kenyataan.

keadaan sebuah rumah yang terjejas akibat banjir malam tadi di Jerantut.
Gambar ihsan : APM Jerantut

Bagaimanapun, katanya, paras air semasa menunjukkan trend menurun walaupun cuaca masih mendung.

Kesemua 27 mangsa daripada lapan keluarga yang terjejas kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balairaya Kampung Sempadan.

Selain itu, JPBD Raub pula memaklumkan dua kawasan perkampungan di daerah itu yang terjejas akibat banjir kilat iaitu Kampung Peruas dan Kampung Pamah Rawas.

Hujan lebat berterusan telah menjejaskan keseluruhan 23 orang mangsa daripada lapan keluarga yang kini ditempatkan di dua buah PPS iaitu PPS Surau Peruas dan PPS Rumah Pertanian Pamah Rawas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast