Foto Instagram Abang Tesla.

KUALA LUMPUR – Pempengaruh kontroversi yang dikenali Abang Tesla memohon maaf kepada pengikut media sosialnya serta seluruh rakyat Malaysia atas segala silap yang dilakukannya selama ini.

Menerusi Instagram Live miliknya sebentar tadi, Abang Tesla memberitahu, permohonan maaf itu dibuat sebelum dia menunaikan umrah bersama dua isterinya hari ini.

“Kita bertiga pergi. Alhamdulillah, diberikan rezeki yang banyak.

“Kalau ada salah dan silap, saya minta maaf. Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Doakanlah saya mendapat umrah yang mabrur dan elak daripada sebarang fitnah,” katanya.

Sebelum ini, Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusr menimbulkan kontroversi selepas memuat naik video  sedang solat Subuh bersama dan  isteri pertama, Nurmajdina Jamari menangis tiga jam sebelum berpoligami.

Meskipun pempengaruh berusia 28 ini tidak henti dikecam segelintir netizen, namun dia kekal tenang dan mahu membuktikan dirinya juga boleh berlaku adil serta membahagiakan kedua-dua isteri tercinta.

Sementara itu, Abang Tesla dilihat turut memuat naik gambar bersama kedua-dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang  menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, difahamkan mereka bertiga akan bercuti di Turkiye dan seterusnya menunaikan umrah buat kali pertama di bawah tajaan Andalusia Travel and Tours. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast