KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) berpandangan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas tanpa membebaskan (DNAA), Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram tidak mengejutkan.
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa keputusan itu jelas akan mendorong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bila lepaskan Ahmad Zahid Hamidi dari pertuduhan maka UMNO akan terus sokong dan berikan keabsahan kepada Anwar sebagai PM.
“DNAA ini dilihat seolah-olah campur tangan politik untuk menjamin kepentingan politik dan bukan amalan perundangan yang sepatutnya asas pertimbangan,” katanya hari ini.
Mukhriz mengulas keputusan Mahkamah Tinggi kelmarin yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) ke atas Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.
Jabatan Peguam Negara pula menegaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap 47 kes yang dihadapi Ahmad Zahid adalah berdasarkan alasan yang telah dikemukakan dan diterima mahkamah.
Menerusi kenyataan semalam, jabatan itu memaklumkan semasa membuat keputusan, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menyatakan alasan- alasan yang dikemukakan pendakwa raya adalah kukuh.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, sekiranya Anwar mendakwa tiada unsur campur tangan dalam perbicaraan itu maka kes itu sepatutnya dibenarkan untuk diselesaikan oleh mahkamah.
“Semua ini tidak mengejutkan kerana DNAA itu menguntungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri yang melantik Peguam Negara, kalau tidak ada campur tangan politik maka sepatutnya kes itu dibicarakan sehingga selesai dengan keputusan dibuat oleh hakim,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
alaaaa bapak kau lg teruk…berapa banyak penyamun dia lepaskan..dan paling terkenal ialah dia lepaskan Guan Eng…lepas tu buat buat terkejut…mcm hanat