Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menampilkan aksi bertenaga apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka China iaitu yang pertama buat pasangan itu bagi kejohanan bertaraf Super 1000.

Pencapaian terbaik Tang Jie-Ee Wei dalam kejohanan bertaraf Super 1000 sebelum ini adalah mara ke suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou sebentar tadi, pasangan ranking ke-11 dunia itu menewaskan gandingan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-15, 13-21, 21-16 pada aksi suku akhir.

Pencapaian terbaik Tang Jie-Ee Wei dalam kejohanan bertaraf Super 1000 sebelum ini adalah mara ke suku akhir Terbuka Malaysia, pada Januari lalu.

Mereka akan berdepan beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue bagi merebut tiket ke final, esok.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik beregu campuran negara di Terbuka China adalah menerusi Chang Peng Soon-Goh Liu Ying yang mara ke final pada edisi 2012. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast