Foto video Instagram Baby Shima.

KUALA LUMPUR – Penyanyi sensasi, Baby Shima terus mengundang kontroversi di Konsert Hausboom Music apabila dikecam netizen.

Dia disifatkan keterlaluan selain pakaian mencolok mata.

Netizen juga mendakwa Shima dituduh tidak sensitif, murahan dan ada netizen berharap penyanyi itu dipanah petir pada konsert berkenaan yang berlangsung kelmarin.

Malah ada netizen mempertikaikan kenapa penyanyi antarabangsa dilarang memasuki ke Malaysia sedangkan artis tempatan tidak menjaga adab ketika persembahan.

Tidak melatah kritikan dilemparkan, penyanyi itu berkata, netizen yang mengkritik tidak berada di tempat kejadian.

Sebaliknya, katanya, mereka hanya melihat potongan video persembahannya yang dikongsikan dalam platform media sosial.

“Sebenarnya saya tak tahu video gelekan menjadi viral dan dilihat keterlaluan. Saya merasakan ia hanyalah gelekan biasa untuk persembahan dangdut.

“Apa yang dikongsikan dalam laman sosial hanyalah potongan video persembahan diambil pelbagai sudut. Video yang viral diambil dari arah belakang, jadi kelihatan keterlaluan.

“Sekiranya melihat persembahan secara live mereka dapat lihat gelekan saya tidaklah teruk sangat,” katanya kepada BH Online. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast