Foto yang dikongsikan anak allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Fatihah Salahuddin di media sosialnya. Foto kredit: X @fthhslhddn

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang soleh dan beriman.

Beliau berkata demikian sebelum pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bertemakan ‘Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi’ oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 23 Julai lalu, Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak dua hari sebelum itu. – MalaysiaGazette