Puteri Sarah Liyana bersama anaknya, Sumayyah pada majlis pelancaran barangan kemas ekslusif buatan tempatan milik Trishya & Co di ibu kota semalam.

KUALA LUMPUR – Golongan wanita dinasihatkan membuat pelaburan barangan kemas sebagai simpanan masa depan sekiranya berlaku insiden yang tidak dijangka kepada mereka.

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana berkata, dia telah lama melabur dalam emas sejak dari zaman remaja termasuk mengakui mempelbagaikan pelaburannya di potforlio lain.

Ibu tunggal dua anak itu  kini bersyukur kerana memiliki banyak pelaburan hasil mula bekerja yang boleh dijadikan perlindungan ketika kecemasan untuk dirinya dan anak-anak.

“Saya memang peminat barangan kemas sejak dari dulu lagi dan gemar dengan reka bentuk yang moden kerana sesuai dengan jiwa saya.

“Saya akui meminati emas dan melabur sejak saya mula bekerja lagi. Saya juga ada pelaburan lain dan salah satunya adalah emas. Saya akui meminati emas dan melabur sejak saya mula bekerja lagi. Saya juga ada pelaburan lain dan salah satunya adalah emas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas muncul sebagai penampilan istimewa bersama anaknya, Sumayyah pada majlis pelancaran barangan kemas ekslusif buatan tempatan milik Trishya & Co di ibu kota semalam.

Puteri Sarah mengakui peminat barangan kemas.

Minggu lalu, Sarah kembali dihimpit kontroversi apabila dia mengambil keputusan untuk tetap meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Menurut wanita berusia 38 tahun itu, dia telah pun berbincang dengan Syamsul Yusof mengenai isu ini dan bekas suaminya itu menyerahkan kepadanya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, pengasas Trishaya & Co Datin, Dr Raskidah Ali berkata, pihaknya memilih selebriti popular itu dan anaknya kerana mengeluarkan koleksi rangkaian produk barangan kemas yang pertama untuk kanak-kanak perempuan.

Pada masa sama, pihaknya kagum dengan kekuatan Sarah sebagai seorang wanita yang berjaya melalui kehidupan yang sukar sebelum ini.

“Yang pertama kerana kami hendak buat koleksi untuk kanak-kanak perempuan dan terpandang anak Puteri Sarah yang begitu comel.

“Kami mereka bentuk untuk Sumayyah dan ia koleksi yang pertama dikeluarkan selain Puteri Sarah pula lambang kekuatan yang berjuang dalam hidupnya,” katanya. – MalaysiaGazette

 

Puteri Sarah bersama anaknya, Sumayyah hadir pada majlis pelancaran barangan kemas ekslusif buatan tempatan milik Trishya & Co.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast