KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyampai berita terkenal, Raymond Goh @ Muhammad Zaman Goh bin Abdullah, yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu berkata, baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada dunia penyiaran tanah air.

Raymond memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada siaran Nightline TV3 di stesen televisyen berkenaan.

Allahyarham telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast