Raymond Goh.

KUALA LUMPUR – Pembaca berita Nightline TV3, Raymond Goh, meninggal dunia sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Raymond atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah, 62, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya selepas hampri dua minggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Berita pemergian Raymond disahkan keluarga allahyarham dalam kenyataan hari ini.

Menurut isteri allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar hari ini.

Sebelum itu dilaporkan, allahyarham dilaporkan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dirawat di ICU di hospital berkenaan.

Raymond memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada siaran Nightline di stesen televisyen berkenaan.

Allahyarham berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast