KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini memberitahu Ahli Parlimen Pulai baharu, Suhaizan Kayat dijadualkan mengangkat sumpah jawatan sebagai sebelum mesyuarat khas Dewan Rakyat berakhir minggu depan.
Perkara itu diberitahu Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor yang mana perkara itu sudah dimaklumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
“Ada beberapa hari lagi tempoh persidangan ini. Saya dimaklumkan Speaker, ia akan berlaku sebelum tamat tempoh (persidangan) yang ditetapkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sesi Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan berakhir 19 September ini dengan dengan memfokuskan kepada pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12).
Sidang kali ini berlangsung selama enam hari dengan hari terakhir ditetapkan pada Selasa depan.
Ramli berkata demikian menjawab persoalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu bilakah Suhaizan akan mengangkat sumpah jawatan itu selepas memenangi kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.
Suhaizan yang dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) bertanding pada PRK Parlimen Pulai menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 18,641 undi.
Bekas Speaker DUN Johor itu meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon bebas pula meraih 528. – MalaysiaGazette