Al-Sultan Abdullah ketika menyampaikan titah pada Majlis Penutup dan Santapan Malam sempena Kembara Kenali Borneo.-Foto FB Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong menzahirkan penghargaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang merentasi Sarawak dan Sabah.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara peribadi berterima kasih kerana Najib telah merealisasikan pembinaan lebuh raya berkenaan ketika mentadbir negara.

Baginda berharap, lebuh raya tersebut dapat disiapkan dengan lebih kualiti.

Titah terima kasih terhadap Najib disampaikan pada Majlis Penutup serta Santapan Malam sempena Kembara Kenali Borneo dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin

“Di sini saya ingin secara peribadi harus menyatakan ucapan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kerajaan hari itu yang telah berusaha merealisasikan pembinaan Pan Borneo ini.

“Saya harap ia akan dapat di bina dengan baik, dengan ada kualiti dan mudah-mudahan kalau panjang umur tahun 2030 saya akan kembali,” titah Al-Sultan Abdullah.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anaknda baginda menyertai kembara yang merentasi Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang.

Rombongan Al-Sultan Abdullah melengkapkan Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September meliputi perjalanan sejauh 2154 kilometer.

Kembara yang diilhamkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong memberi peluang untuk Seri Paduka Baginda membina jambatan silaturahim antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Al-Sultan Abdullah bertitah, kembara itu diilhamkan semata-mata untuk mengenali rakyat di Sabah dan Sarawak secara lebih dekat lagi dengan mengambil pendekatan mendampingi dan menyantuni rakyat.

Sementara itu Najib melancarkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tanpa tol pada Disember 2016 dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Banyak legasi yang telah beliau jayakan, pan borneo, ecrl, menara pnb118, mrt sungai buloh kajang, pusat penapisan minyak terbesar teluk rumania dan pelbagai lagi.

    Walaubagaimana pun akibat terlalu percaya dengan geng2 sakau @scammers disekelilingnya membawa beliau merengkuk dipenjara, kini berbaki 11 tahun lagi. Beliau juga sentiasa diberikan nasihat yang salah oleh geng2 sakau tersebut. Mastermind geng sakau kini dikatakan sedang menyorok dan berseronok2 diluar negara. Peguam sakau masih belum lagi didakwa setelah sekian lama, dan beberapa lagi geng sakau dikatakan masih lagi menyorok dinegara yang menjadi haven untuk penjenayah.

Comments are closed.