Pusat hiburan haram yang menawarkan khidmat gadis GRO asing kalungan bunga dan menggaji warga asing digempur semalam. Ihsan Facebook JSJ Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan beroperasi tanpa lesen  di Cheras dan menawarkan khidmat Pelayan Pelanggan (GRO) wanita asing digempur Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam kenyataan Facebook rasminya berkata, serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Judi, Maksiat dan Gangsterism D7 JSJ Bukit Aman menerusi Operasi Noda (Ops Noda) berjaya menahan 24 individu termasuk warga tempatan.

Siasatan mendapati kegiatan itu dijalankan secara berselindung di dalam premis rumah kedai dengan menggunakan kamera lita. (elak dicekup).

“Pengusaha premis ini menggunakan khidmat warga asing untuk mengendalikan perniagaan pusat hiburan itu.

“Pelanggan hanya perlu membayar wang tips sebanyak RM50 sehingga RM100 kepada GRO yang menemani pelanggan.

Pusat hiburan haram yang menawarkan khidmat gadis GRO asing kalungan bunga dan menggaji warga asing digempur semalam. Ihsan Facebook JSJ Bukit Aman

“Kedua-dua premis yang diserbu juga menggunakan khidmat “Mummy” warga asing untuk pelanggan berurusan mendapatkan khidmat pelayan GRO,” kata JSJ Bukit Aman dalam kenyataan itu.

Tambah JSJ lagi, premis haram itu juga menjalankan hiburan berkonsepkan jualan ‘Kalungan Bunga’ yang bermula dari RM100 hingga RM1,000 kepada pelanggan sebagai tips untuk GRO.

“Kesemua tangkapan itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk tindakan selanjutnya.

“Kes berkenaan telah dijalankan siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” jelas JSJ Bukit Aman.- MalaysiaGazette