Gambar hiasan

KUANTAN – Kesukaran mendapatkan beras tempatan menjadi cabaran sejak kebelakangan ini berikutan permintaan tinggi akibat kenaikan harga beras import.

Masa turut terbuang apabila pengguna terpaksa berkunjung dari sebuah kedai ke kedai bagi mendapatkan bahan makanan itu.

Bagi peniaga yang sukar mendapatkan bekalan beras tempatan berada dalam dilema untuk menggunakan beras import yang mana dalam masa yang sama mahu mengekalkan harga makanan yang dijual.

Nursyuhada Gundal

Bagi peniaga Nursyuhada Gundal, kenaikan harga beras yang tinggi dalam tempoh sebulan menyebabkan beliau berfikir untuk berpuasa.

Malah turut dibelenggu bagaimana untuk tidak membebankan pengguna dengan mengekalkan harga nasi lemak yang dijualnya.

”Beras ini makanan ruji sepatutnya murah, tengok sekarang macam ini kita kena puasa ke? Boleh istigfar depan guni beras tengok harga.

”Kalau kita peniaga makanan bila jual mahal orang tak beli. Beras import naik terlalu mendadak, beras tempatan pun payah nak dapat, dah pergi banyak tempat. Beli beras lima kilogram dua beg dari murah dari satu bag 10 kilogram,” katanya.

Zaid

Bekalan beras tempatan dilaporkan kurang sejak dua bulan lalu manakala beras harga import mengalami kenaiki harga dari RM32 sehingga RM44 bagi paket 10 kilogram dalam tempoh tiga minggu.

Manakala seorang lelaki hanya mahu dikenali sebagai Zaid, 38, berpendapat isu kehilangan beras tempatan di pasaran perlu dibendung oleh kerajaan selain memantau harga beras import.

”Saya tengok harga beras melambung dan beras tempatan pula tiada, semua terkesan.

”Seharusnya orang memegang kuasa perlu turun pada melihat kesusahan rakyat mencari makanan ruji. Di mana hilangnya beras tempatan?” soalnya.

Othman Mohd

Peniaga, Othman Ahmad, 30, berkata, ini kali pertama beliau merasakan peningkatan harga yang drastik terhadap makanan asas itu, sekali gus menjejaskan perniagaan kateringnya.

Beliau merasakan kesukaran mencari bekalan telur bertambah dengan cabaran mencari beras tempatan selain mendepani isu harga beras import.

”Terasa mahal beras, sebab kami peniaga kami tak boleh naik harga makanan, naik sampai RM44. Kalau kami naik harga kesan harga kepada pengguna.

”Masalahnya beras tempatan tidak naik harga namun bekalan tiada. Kami harap dapat kurangkan harga beras import atau cukupkan bekalan beras,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast