Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Pemantuan bekalan beras bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup, Fuziah Saleh berkata, beliau tidak mempunyai kuasa dalam isu ‘kehilangan’ beras tempatan di pasaran.

“Allahu-akbar! Beras satu-satunya barang bekalan yang dipantau oleh Kawalselia Padi dan Beras. Saya tidak ada punca kuasa,” ciap beliau di Twitter.

Fuziah mengulas rungutan seorang pengguna media sosial itu yang mempersoalkan sikap berdiam diri beliau dan kementerian berhubung masalah ketiadaan bekalan beras tempatan yang berharga lebih murah berbanding beras import.

Kawalselia Padi dan Beras terletak di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.

Pengguna dengan akaun bernama a MALAYSIAN citizen dalam ciapan di Twitter menegaskan, rakyat mahu bekalan beras tempatan dipulihkan semula sambil memetik nama Fuziah.

“YBTM @FuziahSalleh99; ramai dahagakan update KPDN ni. Kenapa dia membisu sehingga beras tempatan hilang di pasaran? Rakyat bukan nak tahu itu ini; rakyat sekadar nak bekalan ada tanpa sebarang alasan. Jika ada punca masalah, tanganilah namun pastikan bekalan ada!” katanya.

Bekalan besar tempatan yang dijual lebih murah berbanding beras import dilaporkan meruncing sejak seminggu lalu.

Kerajaan menetapkan harga kawalan maksimum jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong berkuat kuasa 16 Jun lepas sebagai tindakan segera memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil serta terkawal.

Harga kawalan maksimum beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5) di peringkat runcit ialah RM2.60 sekilogram sepertimana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

Manakala Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan dan dijual pada harga RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram.

Media turut melaporkan, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, jika sebelum ini bekalan yang diterima 1,000 hingga 2,000 kampit beras tempatan sehari, namun kini hanya 50 hingga 100 kampit beras tempatan yang diterima pihaknya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. WAKTU KAU TAK ADA KUASA,ABES SEMUA JABATAN/KEMENTERIAN KAU LANGGAR DAN BUAT SIBUK KECAM SANA SINI ..
    SUDAH JADI KERAJAAN,TIBA2 PANDAI PLAK ITU KUASA ORANG INI DAN KUASA ORANG ITU ..

Comments are closed.