KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah selesai membela diri di mahkamah pada Mac lalu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi.
Bagaimanapun, soalnya, bila Presiden Parti MUDA itu akan dijatuhkan hukuman?
Katanya, pada Oktober tahun lalu, mahkamah memutuskan wujud prima facie atas kes songlap duit parti sebanyak RM1.1 juta.
“Syed Saddiq telah diarah bela diri. Perikatan Nasional (PN) dan Bar Council (Majlis Peguam) tidak buat demonstrasi ke?
“Dia didakwa masa (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) jadi Perdana Menteri. Jika dihukum bersalah jangan pula tuduh kerajaan perpaduan campur tangan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan keputusan kes Syed Saddiq akan diputuskan kemudian.
Syed Saddiq berdepan empat tuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM1juta ketika beliau mengetuai Armada Bersatu. – MalaysiaGazette
Tak sabar nak tau
Lupa pulak. Kena semak penjara mans yang kosong. Eloknya Kzjang. Sebelah DSNR
Pokcik Puad kena tanya Hakim diMahkamah bukan tanya kat Lokman Adam daaa…
ini yang pertama saya setuju idea Pokcik Puad kerajaan MADANON tidak campur tangan sebabnya Syed Sadiq adalah pembangkang itu adalah fakta berekod.